^_^

Friday, December 25, 2015

Pena meluncur laju

Allahumma Ya Kabir Ya Mutakabbir, Dialah Allah yang layak dibesar-besarkan. Kita semua hamba yang kerdil. Ya Aliy Ya Muta'aliy. Hanya Dia yang layak ditinggi-tinggikan. Kita semua hamba yang rendah. Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, milikNya segala ilmu dan kebijaksanaan.

Pada keterujaan itu bukan pada tuan badan tapi kerana mencari cinta Tuhan. Bisik Prof, "Cari cinta Allah, teruskan perjuangan.". Menyeka air mata yang jatuh tidak semena-mena. Barangkali hati terusik. Terusik bila ada yang bicara perihal Tuhan. Tersentuh. Meraih khusyuknya solat kunci menuju kejayaan. Disangka selama ini solat, tapi sayang solat tidak sungguh-sungguh. Tidak mahu solat dilempar balik, lalu berusaha meraih khusyuknya solat. Datang dalam solat untuk memuji YaHamid, berterima kasih kepada YaSyakur, mengakui kehebatanNya YaAzim, menginsafi kekerdilan diri yang tak punya apa-apa dan tiada daya upaya melainkan kekuatan dari YaAziz YaQowiy YaMatin. Tuhan tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang senantiasa memerlukan Tuhan setiap saat, YaSomad.

Setiap yang ada pada diri bukan milik kita, hanya pinjaman YaMalik.

Sebagaimana Kau tinggikan langit, tinggikanlah cita-cita kami YaAliy YaMuta'aliy untuk senantiasa meninggi-ninggikanMu. Engkau Maha Besar, besarkanlah jiwa kami YaKabir YaMutakabbir untuk senantiasa membesar-besarkanMu. Engkau Maha Luas, YaWaasi' luaskanlah pemikiran dan minda kami seluas langit dan bumi. Ya Azeem Kau Maha Agung, kurniakan kami kekuatan untuk senantiasa mengagung-agungkanMu.



No comments:

Post a Comment