Assalamualaikum.
Hidup harus dipelajari untuk jadi lebih baik. Belajar dari siapa pun, pasti ada hikmah yang Allah titipkan. Pada ketiadaan itu pasti ada kasih Sang Tuhan, supaya terus belajar untuk menghargai setiap kurniaan. Pelajari syukur dari keluarga Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman. Lihat sahaja ibadah Nabi Daud a.s, puasanya selang satu hari. Di masa senggang pasti ada keluarganya yang menunaikan solat. Dikatakan tiada yang lebih banyak yang diberi nikmat oleh Allah melainkan keluarga Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s. Buktinya kerajaan Nabi Sulaiman a.s yang bukan sahaja terdiri dari sekalian manusia, malah jin mahupun haiwan. Semuanya patuh pada Nabi Sulaiman atas kuasa Sang Penguasa Ya Qodir Ya Muqtadir.
Moga kisah mereka yang bukan hanya dongengan menjadi pemangkin untuk terus berkorban untuk Tuhan. Usaha manusia itu berbeda-beda. Ada yang berkorban masa, harta, tenaga dalam menegakkan agama Allah, berkorban masa untuk solat, puasa untuk puaskan Yang Esa dan banyak lagi yang pasti dihargai Tuhan Ya Syakur. Moga Allah ridho.
Rujukan buku Kisah Nabi Sulaiman a.s & Puteri Balqis

No comments:
Post a Comment