Alhamdulillah. Segala puji yang layak hanya untukMu, Tuhan sekalian alam.
Alhamdulillah wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Engkau senantiasa alirkan kaseh dan sayang bagi setiap hambaMu meski dalam taat atau jauh, Engkau tetap kaseh dan sayang.
Allah Ya Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, sudilah Engkau ampunkan kami. Kami ini banyak dosa sekali.Ya Nur, Ya Hadi, Ya Haq. Pancarkan cahaya hidayahMu pada kami, keluarga kami, anak-anak kami dan siapa sahaja yang bersama dengan kami. Moga setiap langkah kami senantiasa dalam ridhoMu. Ya Kholik, Engkau Tuhan yang menciptakan kami, menjadikan penglihatan, pendengaran dan hati nurani bagi kami. Moga kami menjadi hamba yang banyak bersyukur kepadaMu, wahai Allah Ya Syakur. Ya Shomad, kami benar-benar memerlukanMu dalam hidup kami. Jangan serahkan kami pada diri kami sendiri. Ya Hafiz, Ya Muhaimin. Engkau peliharalah hati saudara2 kami yang sedang diuji untuk tetap sujud dan ingat padaMu. Allah Ya Shobur, jadikan mereka hamba yang tetap sabar sehingga bertemu denganMu. Sesungguhnya Engkau Tuhan kami Yang Maha Sabar.
Moga jika ada kebaikan yang kita buat, sentiasa ingat bahawa Allah Ya Barr, Yang Maha Baik yang sudi bagi kebaikan pada hambaNya untuk berbuat baik. Moga jika ada kebaikan yang kita buat, bukan datang dari mulut kita. Biarlah kebaikan yang kita buat dengan takdir Allah berlalu begitu sahaja. Semoga Allah senang dengan hambaNya.
Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad serta ahli keluarga Baginda.

No comments:
Post a Comment