DI DALAM al-Quran terdapat tidak kurang 94 perkataan `sabar'. Secara mudah
hakikat ini menggambarkan betapa sifat sabar amat dituntut supaya dimilikioleh umat Islam yang beriman.
Dalam surah awal al-Baqarah, perkataan sabar dinyatakan tujuh kali.Antaranya ialah:
``Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' - Ayat 153.
``Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan beritagembira kepada orang yang sabar.'' - Ayat 155
Mualim membangkitkan peri pentingnya sifat sabar ini kerana di zaman iniumat Islam semakin hilang kesabaran sedangkan Allah menuntut kita bersabar.Anda boleh menyaksikan betapa banyak sifat tidak sabar dizahirkan padasetiap hari di sekeliling kita, sama ada dalam perjalanan ke pejabat, dipejabat, kawasan perumahan dan kompleks beli-belah.
Jika anda menunaikan fardu haji, anda juga akan mendapati betapa ramaijemaah haji tidak memiliki sifat sabar. Mereka terlupa atau barang kalitidak mengetahui bahawa Allah sentiasa beserta dengan orang yang sabar.Bagaimana mahu mendapat ibadat haji yang mabrur jika tidak mengendahkanperingatan Allah yang berulang-ulang dalam al-Quran ini. Barangkali merekahanya membaca al-Quran dalam bahasa Arab dan tidak pernah mengambil tahumaksud ayat-ayatnya.
Sifat sabar ini boleh menghasilkan kemenangan dalam peperangan. Inilahrahsia kemenangan 313 pejuang Islam ke atas lebih 1,000 tentera musyrikindalam perang Badar.
``Hai Nabi (Muhammad), kobarkan semangat para mukmin itu untuk berperang.Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapatmengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) diantaramu, mereka dapat mengalahkan 1,000 daripada orang-orang kafir yangtidak mengerti.'' 8:65.
Agak aneh bahawa pada hari ini kesabaran tidak menjadi pegangan kuat umatIslam. Apakah mereka tidak percaya kepada janji Allah? Jika begitu, tidaklahmereka tergolong sebagai orang beriman.
Tidakkah mereka melihat bahawa sifat sabar telah memberikan kemajuan kepadabangsa-bangsa yang maju di dunia. Lihat sahaja bangsa Jepun yang memilikidaya kesabaran yang tinggi.
Cara mereka duduk berlipat kaki berjam-jam sudah menunjukkan betapa merekaini bangsa yang sabar. Barang kali cara duduk itu juga melatih mereka supayabersabar.
Peraturan
Di jalan raya, orang Jepun sangat sabar mematuhi had laju dan lain-lainperaturan lalu lintas. Mualim yang pernah mengunjungi Jepun sebanyak empatkali, berpeluang menyaksikan kesabaran mereka sama ada ketika bekerja ataulain-lain urusan kehidupan. Para pekerja pengutip sampah akan membersihkantong sampah sehingga tiada sedikit pun saki-baki. Trak membawa sampah jugadibersihkan sehingga kelihatan seperti trak baru.
Kesabaran menjadi asas ketahanan dan ketekunan mereka dalam menjalankan apajua kerja. Mualim pernah menaiki bas ekspres selama tiga jam di lebuh rayayang had lajunya hanya 70 km/j bagi kenderaan berat. Tidak sesaat pun basitu melebih had laju tersebut. Di Malaysia dan kebanyakan negara Arab, parapemandu yang beragama Islam kadang kala berlumba dengan kereta-kereta biasa.
Sebenarnya, orang yang tidak sabar akan mudah melakukan kesilapan dalam apajua yang mereka lakukan. Mereka lekas marah dan sering kali tidak dapatberfikir dengan waras, apatah lagi bijak.
Jika kita mengkaji negara-negara yang kurang maju di dunia, kita akan dapatibahawa kebanyakan rakyat mereka tidak mempunyai daya kesabaran yang tinggi.Mereka suka bergaduh dan tidak berdisiplin. Kesabaran sebenarnya adalahdisiplin diri yang terbukti menjadi faktor kejayaan. Itulah janji Allahkepada umat yang diberikan kitab al-Quran, tetapi mereka tidakmenghiraukannya.
Di kalangan orang-orang Islam yang kononnya mendapat pendidikan agama yangtinggi, sifat tidak sabar juga sering terserlah melalui tutur kata yangtidak sopan dan kesat kerana kemarahan terhadap musuh-musuh politik.
Baru-baru ini berlaku satu kes yang menyerlahkan kakitangan penguat kuasaJabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak sabar. Mereka menangkap danmenggari seorang pelajar UiTM yang kononnya berjalan dengan pasangannyasecara berpeluk di khalayak ramai. Pelajar lelaki itu tidak layak digari,tetapi disebabkan kakitangan JAIS hilang kesabaran apabila tindakan merekadicabar, maka berlakulah apa yang tidak patut berlaku. Kes itu menjadi bahankritikan akhbar.
Sungguh malang kerana di kalangan umat Islam sendiri ramai yang berpendapatbahawa kesabaran itu adalah sifat orang yang lemah. Mereka ini tidak percayaapa yang Allah janjikan kepada mereka. Tidak percaya ertinya tidak beriman.Tidak percaya juga satu kebodohan.
Sabar bukannya bererti kita tidak bertindak jika orang lain bertindak jahatterhadap kita. Sabar sebaliknya membolehkan kita bertindak dengan tenang,tidak emosional, tidak tergopoh-gapah serta mematuhi peraturan danundang-undang.
Selepas menang dalam perang Badar, para pejuang Islam tewas dalam perangUhud. Puncanya mereka tidak sabar untuk mengutip rampasan perang, lalumelanggar perintah Rasulullah yang berpesan supaya mereka tidak meninggalkankubu di lereng bukit.
Apa bezanya para pejuang Uhud dengan kebanyakan umat Islam hari ini. Kitajuga mudah hilang sabar!
viavirtualfriends
No comments:
Post a Comment